Monday, 22 October 2012

RAWATAN ALTERNATIF

Alhamdulillah syukur pada Allah yang maha kuasa dan yang maha besar dengan ilmunya.

Dengan taufik dan hidayahnya menunjukkan kepada kami " ILMU MERAWAT DIRI" ini, alhamdulillah dapat kami bantu hamba hambamu yang mengalami masaalah kesihatan, masaalah keluarga, masaalah rumahtangga, masaalah gangguan dan juga masaalah di tempat kerja .

Allah memberi ujian kepada hamba hambanya dengan masaalah masaalah yang tersebut diatas dan lain lain masaalah tetapi Allah juga memberi penawarnya, apa yang perlu kita buat mencari nya... Kadangkala sudah berpuluh hospital dan klinik pakar kita lawati dan berjumpa berpuloh orang bagi memohon membantu kita merawat permasaalahan kita tetapi masih belum berjumpa dengan penawarnya.

Tanpa kita ketahui penawar segala masaalah ada didalam diri kita, cuma kita belum menemui caranya. Di sinilah pentingnya kita memiliki " ILMU MERAWAT DIRI". Ilmu ini tidak terkeluar dari sunnah, akidah dan tidak menggunakan tangkal, wafak, atau makhluk halus, jin dan sebagainya.

Sebagai panduan kita menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan pancaroba ini, di ceritakan sedikit pengalaman kami dalam membantu hamba hamba   Allah yang telah memiliki ILMU MERAWAT DIRI dan dapat mengatasi masaalah mereka.

1 Masaalah rumahtangga;
   Isteri/suami tiba tiba (tanpa masaaalah yang besar)  menjadi seorang yang pemarah dan membenci suami/isteri, tidak boleh memandang langsung wajah masing masing dan menjadi marah. Apa yang di buat semuanya tak kena. Apabila bertemu orang pintar lalu katanya ada orang menghantar ilmu sihir atau di bomohkan, sipolan ni iri hati dengan kamu dan lain lain lagi. Tiada langsung salah pada diri sendiri.
Setelah mencuba di beberapa tempat tapi masih dengan masaalah yang sama, sekejab sahaja penyelesaianya masaalah berulang lagi, ada yang berputus asa lalu mengambil jalan singkat iaitu bercerai.. tinggalah anak isteri yang selama ini hidup penuh rukun dan damai..

Alhamdullillah akhirnya dipertemukannya dengan "ILMU MERAWAT DIRI" ini . Barulah disedari bahawa permasaalah itu disebabkan gangguan pada diri masing(suami/isteri). Isteri/ suami mengalami masaalah saka yang menyebabkan rasa panas dan benci melihat masing masing. Bukanya disebabkan oleh perbuatan sihir orang yang iri hati pada mereka tapi permasaalahan dalam diri.

Setelah dibuang gangguan dan di ajarkan ilmu merawat diri ini dengan amalan yang mudah diamalkan, tanpa pantang larang dan tidak menyalahi akidah ataupun sunnah, alhamdulillah pasangan suami/isteri kembali aman. Juga ilmu merawat diri ini boleh diamalkan oleh kanak kanak

Sila baca dalam artikel terdahulu, apakah anda ada mengalami salah satu simtom gangguan
yang menyebabkan kehidupan anda tidak keruan, apa yang dibuat semuanya tak kena dan anda ingin mencari kedamaian.....

Sila e mail kami di nuranugerah@hotmail.com dan ceritakan permasaalah anda, insyaallah kami tunjukan jalan penyelesaiannya.



No comments:

Post a Comment