Saturday 22 June 2013

MENUNTUT ILMU

Janganlah kita bertangguh untuk memiliki ilmu kerana gangguan dalam diri membuatkan kita merasa ragu ragu dan was was bagi ilmu yang benar dan tidak terkeluar dari akidah dan sunnah,  tapi sekiranya ilmu yg meragukan mudah sahaja kita menerimanya kerana gangguan dalam diri mendesak kita mempercayainya.
Oleh yang demikian apabila kita telah membuat keputusan untuk memiliki ilmu,  maka usah ragu ragu,  dengarkan penjelasan yang diberi, lihat dan dengar sama ada unsur unsur yang meragukan atau amalan yg bertentangan dengan akidah dan tanya apa sahaja yang anda ingin tahu dan selepas itu buatlah keputusan dengan memiliki ilmu yang dapat membantu anda menguruskan urusan dunia juga sebagai panduan ke akhirat,  insyaallah ilmu merawat diri ini banyak faedahnya,  MILIKI ILMU DAN NIKMATI KEINDAHAN YANG SEDANG MENANTI, insyaallah.
Sila e mail ke nurranugerah@hotmail.com untuk keterangan lanjut.

Saturday 30 March 2013

CARA RAWATAN DALAM ILMU MERAWAT DIRI






CARA CARA RAWATAN DALAM ILMU MERAWAT DIRI

TRANFORMASI KESEJAHTERAAN  DIRI MELALUI RAWATAN ALTERNATIF CARA ISLAM

SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENJADIKAN MANUSIA DAN MAKHLUKNYA YANG LAIN PENUH DENGAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI DAN KESAKTIAN DI DALAM DIRI KITA. DI BERINYA AKAL FIKIRAN KEPADA KITA UNTUK MENGKAJI RAHSIA RAHSIA KE UJUDAN KITA UNTUK MEMANFAATINYA DAN JUGA ILMU ILMU UNTUK KEGUNAAN DUNIA DAN AKHIRAT. ANTARANYA “ILMU MERAWAT DIRI SENDIRI”.

SEJARAH ILMU MERAWAT DIRI CARA ISLAM

Alhamdulillah pada sekitar tahun 70an, dipertemukan dengan Allahyarham seorang ulama nusantara yang tersohor dengan ilmu nya yang tinggi dan beliau juga merupakan pakar rujuk nusantara permasaalahan hukum hukum islam. Salah satu cabang ilmu yang di ajarkan (diwarisi dari Almarhum bapanya) ialah Ilmu merawat diri. Ilmu merawat diri ini DIJAMIN TIDAK TERKELUAR DARI AKIDAH,SUNNAH,TIDAK MEMAKAI JIN ATAU MAKHLUK HALUS ATAU MEMAKAI BARANGAN, SEMUANYA SUDAH ADA PADA DIRI KITA PENAWARNYA.

Sesungguhnya di dalam diri kita ini ada bermacam macam organ saperti yang dapat dilihat dengan mata kasar saperti jantung, hempedu, limpa, hati, pancreas, usus, otak, paru paru, buah pinggang dan lain lain. Semua organ organ ini adalah sebahagian dari komponen yang bekerja didalam diri kita.

Jika salah satu organ ini tidak berfungsi dengan sempurna maka kita akan merasa sakit.Antara komponen yang tidak nampak dengan mata kasar kita adalah “ROH” .Sesungguhnya roh ini besar sekali peranannya kepada tubuh kita.
Roh ini menguasai semua komponen yang ada didalam diri kita  contohnya pencernaan makanan, pengaliran darah keseluruh tubuh badan kita, pemikiran, pergerakan anggota tubuh badan, pendengaran, penglihatan, penciuman,perasaan, rasa dan yang belum berbentuk ke sifat/ujud.


PERMASAALAH HIDUP YANG BIASA KITA HADAPI

Berikut adalah permasalahan hidup yang biasa kita hadapi dan INSYAALLAH dengan cara ILMU MERAWAT DIRI ini  akan dapat membantu anda mentranformasi diri anda kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. (Apabila kesihatan diri anda baik, jiwa anda tenang dan ada kedamaian dalam diri anda barulah  mudah anda melakukan amal ibadat .)

1 Masalah Rumahtangga 
  • Adakah anda dan pasangan anda sering bertelingkah     walaupun disebabkan masaalah yang kecil.
  • Adakah anda sering merasa marah atau benci bila melihat pasangan anda
  • Adakah pasangan anda panas baran dan terlalu sensitive
  • Adakah isteri anda sukar hamil atau kerap keguguran atau kandungan hilang, datang haid sakit
  • Adakah anak anak anda bermasaalah dari segi social,moral, pelajaran,perhubungan sesama insan
   
2 Masaalah Pekerjaan
  • Adakah anda bermasaalah ditempat kerja, kurang minat bekerja, malas dan bertangguh dalam urusan kerja
  • Adakah Anda tidak disukai rakan rakan sejawat tanpa anda ketahui sebab sebabnya
  • Adakah Anda sudah lama bekerja tapi masih di  tahap yang sama walau pun rakan anda sudah naik pangkat

3 Masaalah Gangguan pada diri
  • Adakah anda selalu terasa berdebar debar dan mudah terperanjat
  • Adakah anda selalu terasa was was, keraguan dalam hati atau fikiran dan selalu berubah fikiran
  • Adakah anda selalu terasa malas, letih ,lemah dan mengantuk dan terasa hampir pitam
  • Adakah anda selalu bermimpi berjumpa binatang buas saperti ular, harimau,buaya dan mimpi buruk
  • Adakah anda sukar tidur diwaktu malam, apabila terjaga susah nak tidur kembali
  • Adakah anda terasa sejuk pada kaki,bisa tulang, lutut dan badan terasa seram sejuk
  • Adakah anda selalu terasa lapar dan makan banyak tapi badan anda kurus
  • Adakah anda seorang yang panas baran
  • Adakah anda selalu terasa sakit kepala, migrane
  • Adakah anda mengalami kemurungan, gila babi, sawan
  • Adakah anda sukar mendapat jodoh,berkawan tapi sekejab sahaja

4 Masaalah Kesihatan
  • Adakah anda mempunyai ibu bapa atau saudara mara yang mengalami masaalah kesihatan dan terlantar sakit walaupun sudah berubat cara moden dan tradisional
  • Adakah anda mengetahui ibu bapa atau saudara mara anda memiliki saka/gangguan atau penyakit ganjil yang berkaitan denganya
  • Adakah anda sudah berubat dengan perbagai cara, tapi masih mengalami masaalah kesihatan yang sama
  • Adakah anda mempunyai penyakit penyakit saperti kanser, leukemia dan sudah berubat cara perubatan moden dan ingin penyembuhan dengan segera secara ilmu merawat diri.

5 Masaalah Keselamatan diri dan Harta
  • Adakah anda bimbang dengan masaalah jenayah saperti rompak ,ragut, rogol, dan lain lain
  • Adakah anda telah mengambil langkah sewajarnya melindungi harta benda anda dengan peralatan elektronik yang canggih dan ingin menggunakan cara ilmu pelindung harta
  • Adakah anda sudah miliki ilmu pelindung diri dari perbuatan sihir manusia, bukan dengan memakai tangkal, azimat atau wafak, Pada diri kita sudah ada pelindungnya (bukan dampingan atau khodam)

6  Masaalah Perniagaan
  • Anda berniaga tetapi dagangan anda tidak laris walaupun barangan anda sedap, berkualiti dan seolah olah pelanggan anda tidak Nampak premis perniagaan anda
  • Anda ingin memajukan perniagaan anda dengan cara yang diredhoi Allah.

Masaalah Rawatan DADAH
  • Adakah anda mempunyai masaalah penagihan DADAH dan ingin menyembuhkan diri anda dari ketagihan dadah ?
  • Sekiranya anda mempunyai keinginan yang tinggi dan azam yang kuat , insyaallah dengan ilmu merawat diri ini, dapat membantu anda
 
KESIMPULANYA

Kesimpulanya diatas permasaalah anda saperti diatas dan anda ingin mentranformasikan diri anda kearah kesejahteraaan dengan cara Rawatan Alternatif cara Islam yang dijamin tidak terkeluar dari akidah, sunnah, tidak memakai barangan, khodam, jampi mentera dan tiada pantang larang hanya dengan cara ILMU MERAWAT DIRI, kami sedia membantu anda jika anda berminat dan ikhlas untuk memilikinya:

Yang ada didalam diri kita ialah tenaga/energi zat api, zat elektrik.Zat zat ini akan berbentuk kesifat/ujud setelah kita aktifkan.Untuk mengaktifkanya adalah dengan kaedah kaedah yang telah diajar oleh guru mengikut kaedah kaedah atau jadual tertentu. INSYAALLAH KAMI AKAN TUNJUKAN KAEDAHNYA PADA ANDA.

CARA RAWATAN
  • Di buang semua gangguan (termasuk gangguan saka,makhluk halus) pada diri anda termasuk penyakit, sifat sifat yang negative,dengan mengaktifkan diri jati anda.
  • Di ajarkan cara membuat pelindung diri dari gangguan makhluk halus,gangguan sihir,terhindar dari malapetaka dan bencana,hilang sifat was was, sifat malas dan lain lain insyaallah. (tidak memakai barangan, tangkal,wafak ,khodam dan lain lain yang dilarang agama.)
  • Di ajar ilmu merawat diri ia itu kaedah (kaedahnya mudah) yang dibuat mengikut jadual dan terancang dan ianya akan mengaktifkan tenaga elektrik atau energi yang boleh kita gunakan untuk apa sahaja yang kita kehendaki saperti penyembuhan semua penyakit, tenaga kita juga akan bertambah dan dapat mengelakan dari serangan penyakit.Sediakan payung sebelum hujan
  • Juga diajar ilmu pelindung harta, pelaris perniagaan, mengembalikan barang yang hilang dan lain lain.
  • Tiada pantang larang,tak perlu barangan saperti limau ,bunga dll,

Bagi ilmu merawat diri untuk membantu anda mentranformasikan diri anda kearah kesejahteraan diri dan membantu anda menyelesaikan masaalah masaalah anda  ini yuran belajar atau rawatanya nya adalah RM277- sekali sahaja seumur hidup.

Sekiranya anda perlu keterangan lanjut atau anda mempunyai masaalah masalah lain, sila hubungi kami di E mail  : nuranugerah@hotmail.com.INSYAALLAH KAMI AKAN MEMBANTU ANDA.

Friday 8 March 2013

ILMU MERAWAT DIRI

ILMU MERAWAT DIRI.

Alhamdulillah bagi anda yang telah memiliki ilmu merawat diri ini dan telah merasa kebaikannya , maka berkongsilah dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan se kerja, dan kenalan anda sebagai amal jariah anda membantu mereka mengatasi permasaalahan kehidupan mereka.
Semuga dengan kedamaian dan ketenangan yang anda dan orang orang sekeliling anda dapat membuatkan kehidupan ini lebih bermakna dan dapat memudahkan membuat amal ibadat kerana kesihatan dan hati yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia.

Selepas membuat amalan yang mudah dalam ilmu merawat diri anda boleh mempercepatkan penyembuhan masaalah kesihatan anda dan juga sebagai mengelakan masaalah penyakit lain yang mungkin akan menziarahi anda berikut kita kongsi bersama tentang OILPULLING.....


www.oilpulling.com
 
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN OIL PULLING ?
Sekiranya anda tidak mempunyai klu, apakah yang di maksudkan dengan Oil Pulling terapi, dan menyangka berkumur dengan Listerine adalah jawapanya, berikut adalah nasihat Dr F.Karach yang mempelopori kaedah ini:
“Bilas  gigi dan gusi secara nenyeluruh dengan satu sudu makan minyak sayuran secara perlahan lahan selama 15-20 minit sehingga 3 kali sehari dengan perut yang kosong ( sekurang kurangnya 4 jam selepas makan).”
Mula mula anda akan terasa minyak didalam mulut anda, tetapi selepas jus penghadaman mencairkanya, ia bertukar menjadi cair dan berwarna putih saperti susu, selepas itu anda luahkan dan berus gigi saperti biasa.
Bila Dr Karach memeriksa di bawah mikroskop dengan 600 kali magnifikasi, beliau mendapati terdapat organisma hidup didalamnya, ianya beracun, jadi jangan menelanya. Racun ini adalah embrio bakteria kalau tidak di buang akan menyebabkan penyakit.

Yang menariknya,Ayurveda menasihatkan oir pulling “ adalah untuk menulinkan deria rasa dan seluruh system badan” saperti mana yang di terangkan oleh Dr Deepak Chopra dalam bukunya “Perfect health”, Menurut kehidupan sains, lidah adalah peta kedudukan organ, iaitu setiap satu bahagian lidah berhubung dengan buah pinggang, paru paru, hati, jantung, pancreas, usus kecil, perut, usus besar dan spine.

MINYAK YANG SESUAI UNTUK OIL PULLING ADALAH MINYAK BUNGA MATAHARI ATAU SUN FLOWER OIL

CARA CARA MEMBUAT OIL PULLING:
Langkah 1:
Apabila bangun dari tidur sebelum minum air atau apa apa cairan, tuang se sudu makan minyak bunga matahari dan masukan kedalam mulut kemudian berkumur kumur sehingga minyak tersebut membasahi seluruh mulut.

Langkah 2:
Alirkan minyak tersebut kedepan dan ke belakang mulut selama 15 hingga 20 minit, sekiranya kurang ia tidak berkesan. Anda akan terasa minyak tersebut menjadi cair dan berwarna putih saperti susu. Selepas 20 minit buang minyak didalam mulut kedalam sink dan siram dengan air kerana ianya toksid dan berkumur kumur dengan air garam dua atau tiga kali. Kemudian anda bolehlah memberus gigi saperti biasa

Precautions:
1-Jangan tertelan kerana ianya mengandungi banyak bakteria, tetapi jika tertelan jangan risau ia akan keluar melalui pembuangan air besar.
2-Sekiranya anda alergi dengan minyak bunga matahari, anda boleh gunakan minyak lain
3-Minyak bunga matahari atau minyak bijan telah didapati amat baik untuk menyembuh penyakit.

KEPUTUSAN SETELAH MEMBUAT OIL PULLING;
Dr Karach dengan sokongan dari rakan rakan seluruh dunia mendapati penyakit saperti migraine,bronchitis, penyakit gigi dan gusi, penyakit darah kronik saperti leukemia, arthritis, eczema dan lain lain penyakit dapat di sembuhkan dengan kaedah oil pulling ini.
Sila layari www.oilpulling.com untuk penerangan lengkap tentang OILPULLING dan layari blog http://rawatanalternatif-nuranugerah.blogspot.com/  untuk rawatan masaalah lain.

Tuesday 12 February 2013

ILMU MERAWAT DIRI

ILMU MERAWAT DIRI

Setiap penyakit ada ubatnya

Tidaklah Allah subhanahu wa taala menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:

 "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya"(Sahih Bukari No.5354 )

Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )


Selain daripada ubat ubatan moden dan tradisional, terdapat juga ubat didalam diri kita yang telah Allah kurniakan sejak dari lahirnya kita ke dunia ini. Dalam kajian ILMU MERAWAT DIRI, kebanyakan penyakit berpunca dari gangguan yang terdapat didalam diri, apabila gangguan tersebut di buang, maka semua saraf dan pengaliran darah kita menjadi normal kembali.
Dengan ILMU MERAWAT DIRI dan tambahan dari ubat ubatan atau makanan yang berkhasiat maka penyembuhan penyakit menjadi lebih pantas. Antara penyakit yang dapat disembuhkan dengan ILMU MERAWAT DIRI ini adalah saperti penyakit cancer, angin Ahmar, penyakit darah, busung, stroke, sukar tidur malam, bisa bisa badan dan tulang, kekurangan darah (walaupun baru ditambah) dan lain lain penyakit ganjil, INSYAALLAH.

JANGANLAH KITA MENANTI BILA SAKIT BARU NAK MENCARI UBAT, LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU , INSYALLAH DAPAT MENGELAK DIRI DARI PELBAGAI PENYAKIT, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.










untuk keterangan lanjut tentang lain lain masaalah anda sama ada penyakit atau masaalah diri, sila e mail ke
nuranugerah@hotmail.com.