Friday 8 March 2013

ILMU MERAWAT DIRI

ILMU MERAWAT DIRI.

Alhamdulillah bagi anda yang telah memiliki ilmu merawat diri ini dan telah merasa kebaikannya , maka berkongsilah dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan se kerja, dan kenalan anda sebagai amal jariah anda membantu mereka mengatasi permasaalahan kehidupan mereka.
Semuga dengan kedamaian dan ketenangan yang anda dan orang orang sekeliling anda dapat membuatkan kehidupan ini lebih bermakna dan dapat memudahkan membuat amal ibadat kerana kesihatan dan hati yang tenang adalah kunci kehidupan yang bahagia.

Selepas membuat amalan yang mudah dalam ilmu merawat diri anda boleh mempercepatkan penyembuhan masaalah kesihatan anda dan juga sebagai mengelakan masaalah penyakit lain yang mungkin akan menziarahi anda berikut kita kongsi bersama tentang OILPULLING.....


www.oilpulling.com
 
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN OIL PULLING ?
Sekiranya anda tidak mempunyai klu, apakah yang di maksudkan dengan Oil Pulling terapi, dan menyangka berkumur dengan Listerine adalah jawapanya, berikut adalah nasihat Dr F.Karach yang mempelopori kaedah ini:
“Bilas  gigi dan gusi secara nenyeluruh dengan satu sudu makan minyak sayuran secara perlahan lahan selama 15-20 minit sehingga 3 kali sehari dengan perut yang kosong ( sekurang kurangnya 4 jam selepas makan).”
Mula mula anda akan terasa minyak didalam mulut anda, tetapi selepas jus penghadaman mencairkanya, ia bertukar menjadi cair dan berwarna putih saperti susu, selepas itu anda luahkan dan berus gigi saperti biasa.
Bila Dr Karach memeriksa di bawah mikroskop dengan 600 kali magnifikasi, beliau mendapati terdapat organisma hidup didalamnya, ianya beracun, jadi jangan menelanya. Racun ini adalah embrio bakteria kalau tidak di buang akan menyebabkan penyakit.

Yang menariknya,Ayurveda menasihatkan oir pulling “ adalah untuk menulinkan deria rasa dan seluruh system badan” saperti mana yang di terangkan oleh Dr Deepak Chopra dalam bukunya “Perfect health”, Menurut kehidupan sains, lidah adalah peta kedudukan organ, iaitu setiap satu bahagian lidah berhubung dengan buah pinggang, paru paru, hati, jantung, pancreas, usus kecil, perut, usus besar dan spine.

MINYAK YANG SESUAI UNTUK OIL PULLING ADALAH MINYAK BUNGA MATAHARI ATAU SUN FLOWER OIL

CARA CARA MEMBUAT OIL PULLING:
Langkah 1:
Apabila bangun dari tidur sebelum minum air atau apa apa cairan, tuang se sudu makan minyak bunga matahari dan masukan kedalam mulut kemudian berkumur kumur sehingga minyak tersebut membasahi seluruh mulut.

Langkah 2:
Alirkan minyak tersebut kedepan dan ke belakang mulut selama 15 hingga 20 minit, sekiranya kurang ia tidak berkesan. Anda akan terasa minyak tersebut menjadi cair dan berwarna putih saperti susu. Selepas 20 minit buang minyak didalam mulut kedalam sink dan siram dengan air kerana ianya toksid dan berkumur kumur dengan air garam dua atau tiga kali. Kemudian anda bolehlah memberus gigi saperti biasa

Precautions:
1-Jangan tertelan kerana ianya mengandungi banyak bakteria, tetapi jika tertelan jangan risau ia akan keluar melalui pembuangan air besar.
2-Sekiranya anda alergi dengan minyak bunga matahari, anda boleh gunakan minyak lain
3-Minyak bunga matahari atau minyak bijan telah didapati amat baik untuk menyembuh penyakit.

KEPUTUSAN SETELAH MEMBUAT OIL PULLING;
Dr Karach dengan sokongan dari rakan rakan seluruh dunia mendapati penyakit saperti migraine,bronchitis, penyakit gigi dan gusi, penyakit darah kronik saperti leukemia, arthritis, eczema dan lain lain penyakit dapat di sembuhkan dengan kaedah oil pulling ini.
Sila layari www.oilpulling.com untuk penerangan lengkap tentang OILPULLING dan layari blog http://rawatanalternatif-nuranugerah.blogspot.com/  untuk rawatan masaalah lain.

No comments:

Post a Comment